Thursday, 30 July 2015
Posted at 07:59
0 comments (+)
Assalamu'alaikum.
Okay this is awkward ahahaha sebab dah lama tak ada blog lepastu tetiba ada balik. Tak tahulah apa tujuan buat blog ni. Nak bercerita kot...? Sebab saya suka bercerita. Kalau bercerita dekat twitter, kang nanti ada yang menyampah dengan saya susah pulak huhuhu. Saya nak cerita pasal kehidupan saya dekat Kolej Matrikulasi Megeri Sembilan (KeMeNeS) terchenta.
Hah, sekarang saya dah bergelar seorang pelajar kolej! Hahaha lulz sama je. Masa awal-awal masuk matriks ni, sedih jugak lah saya. Sedih sebab tak ada kawan. Hahaha. Sebenarnya ramai je classmate wakth form 5 dulu dapat KMNS tapi kitaorang semua dekat sini tak satu kelas or tak sama modul. So memang susah sangat nak berjumpa. Hah, since saya ni jenis orang yang kalau baru berjumpa dengan orang yang saya tak kenal or baru kenal, saya akan senyapppp je. Sebab saya memang tak berapa nak suka tetiba nak jadi banyak cakap dengan orang yang kita tak kenal 😅.
So for 1 week tu, dia benarkan balik tau waktu tu. Lepastu balik rumah okay je. Tak nak cerita dengan mak pasal sedih dekat KMNS takde kawan. Nanti mak risau so saya call Anes, kawan baik saya. Cerita dekat dia dari A sampai Z. Menangis macam apa hahahahaha. Sedih tau :'))) Tapi lama-lama alhamdulillah saya dah okay je. Dah ada practicummate yang agak rapat dengan saya. Pergi kuliah sesama, study sesama, iftar sesama, solat terawih sesama semua haritu. Haa gitu. So alhamdulillah.
Tapi mashaaAllah. Stress dekat sini Allah je tahu macam mana. Kadang-kadang pukul 3 pagi kalau saya stress, saya menangis time tidur tu. Stress sebab pembelajaran yang teramat pantas. Lepastu assignment menggunung. Dengan tak faham lagi time kuliah apa semua. Dengan kuiz nya lagi. Stress sangat. Lepastu tambah stress bila tengok budak-budak lelaki bila habis kelas pukul 4 je nanti diaorang boleh like bersukan rileks gitu. Yang saya ni macam banyak sangat kerja. Macam cemburu dengan bebudak lelaki tu sebab diaorang relaks seakan-akan tak ada kerja. Cemburunya.
Kadang-kadang penat belajar. Penat sangat. Asyik nangis pun tak guna sebab ni pilihan saya. Pilihan saya sendiri buat. Takkan nak blame orang lain? Saya yang memang pilih jalan pantas ni berbanding Diploma Sains di UiTM Jengka. Jadi, saya kena lah redha dengan apa yang saya pilih. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Ada sebab kenapa Allah mahu saya pilih matriks. Kan percaturan dan perancangan Allah itu yang terbaik. Jadi, bersabarlah wahai diri. Tajdid niat belajar kerana Allah, lillahi ta'ala. Bukan sebab nak result cemerlang semata-mata.
Semoga Allah permudahkan diri kita untut menuntut segala ilmu. Amin.
|
Writer's Note.
This blog is created by me as a medium for me to express myself. If you came here to read, just simply read and don't criticize. Have a nice day and thank you for visiting this humble blog.
"ONEFOUR-97"
Positive Vibe.
|